Thursday, January 29, 2009

.:things to think of:.

Melewati hari2 sepanjang awal cuti semester ini, terasa byk benar lainnya. Relax sgt plak I think. Ye lah, nak dibandingkan sebelum cuti dulu, sibuk sepanjang masa. Twenty four-seven bak kata org putih. Hospital, bus yg berulang alik, library, cafe, group discussion, usrah, aktiviti kolej and what so ever. Opss, lupa nak masukkan, padang (hehe, kne jogging jgk tau=p). Kesemua keserabutan mengejar masa menyebabkan makan entah ke mana, tidur y sedikit jamnya sehari, tension, sedih, homesick..tapi sungguh begitu terasa indah kerana dr situ timbul keinsafan ttg kerdil dan naifnya diri ini tanpa belas kasihan dan rahmatNya. Alangkah maha besar Allah y menciptakan segala2nya dlm keadaan teratur dan every single thing berada di bawah pengetahuanNya...

Kata2 ibu adalah doa

Ada satu insidens y sy x dpt nak lupakan baru2 ni. Lokasi dirahsiakan dan identiti juga terpaksa disimpan elok2. Terpaku sy mendengar, tatkala si ibu melampiaskan marahnya kepada sang anak dgn hmburan kata2 pedih.. “Bodoh betul la engkau ni. Macamana soalan senang camni pun xleh buat?? Buat malu ibu je.Anak tak guna betul.” Haaa... lebih kurang begitu lah y sy sempat dengar. Sy bayangkan jika sy menjadi anak kecil itu, terkebil2 menggenggam pensel dengan buku latihan y masih kosong, sambil orang lain melihat ke arah sy. Nangis dah kot. Huhu. Tp anak itu sy lihat x berani pun nak pandang wajah ibunya. Tunduk. Nangis pun tidak. Hanya berkerut2 dahinya. Aduhai, kesiannye kat die..jatuh simpati sy, merenungya dgn pandangan belas. Bukan sy nak salahkan ibunya, mungkin itu cara dia mendidik. Tp apa2 pun, jikalau sy sudah punya anak2 nanti, y pasti sy akan cuba mengelakkan diri drpd berkata kasar dengan mereka. Bukankah setiap bait2 kata kita adalah doa? Sementelahan kata2 dr ibu itu adalah doa y paling mudah dimakbulkan Allah?

Sahabat

“Ira, cepatla..ko nak pegi mane plak ni? Buat cardiovascular examination kat aku skg”. Bisingnye kawan ku y comel sorg ni. Kami study same2 sepanjang study weeks ni. “Jap2, aku nak p bilik. Check hp. Td cam ringing, tah2 ayah aku call". Eh? Kawan baik sy semasa di sekolah dulu tbe2 anta msg. "Zie, ko free x bulan 4 ni? Aku insyaAllah nikah time tu. Aku nak ko jd pengapit aku. Bleh x?? Baju sume ko jgn risau. Nt aku belikan kain, ko tempah je. Bleh ye zie??" (ni la satu2 nye mmber y panggil sy Zie, adui..xpe2, aiman xkisah). Sy xdela ambil masa y pnjang sgt utk bg keputusan. Terus setuju saje. Lg pun, die da byk sgt tolong sy sebelum ni. Menemaninya tatkala berlangsung hari bahagia, bukanlah satu masalah besar pd sy. Teringat plak ms skola dulu, dengan dia la sy didenda mencabut kemuncup di padang kerana masih berbaju kurung uniform skola ketika kelas Pendidikan Jasmani. Dengan dia la sy ponteng kelas, lepak2 di bilik pusat sumber, sebab xtahan menanggung bosan d kelas sejarah n bhs melayu. Dengan dia la berebut penyapu ketika nak sapu lantai surau skola. Dan dengan dia la sy mengukir nama di pondok bacaan skola, kononnya supaya junior2 igt kami bila kami da abes skola nt (ampun cikgu, sy janji x buat lg. Neway congratz fer team keceriaan skola sbb sy dengar br2 ni skola tu terpilih sebagai wakil n9 dlm pertandingan skola plg ceria di Malaysia. Pe la khabar ukiran nama kat pondok tu agaknye skg, hehe). Nakalnye kami ms tu. Frontal cortex not fully developed lg kot. Tp study ttp study. Syukur sgt kami sama2 berjaye dlm SPM. Berkat group discussion. Hmm, indahnye dunia dikelilingi sahabat2 kan?

November n Disember

Kepada sape2 y lahir bulan dlm bulan2 ni, Dato’ Dr Fadzilah Kamsah mengandaikan karakter anda spt berikut. Fun to read, but don’t be so fanatic bout it ya^_^. (however, horoscope xbleh bace tau, apatah lg utk dipercayai. Pls avoid it dearie frenzz..) kebetulan in one piece got 2 months consecutively.


NOVEMBER:
- byk idea
- sukar dimengerti dan difahami sikapnya
- berfikiran ke hadapan, unik dan bijak
- pemikiran y tajam
- bagus utk jd doktor
- cermat dan teliti
- personaliti y dinamik
- sifat y berahsia, kurang bercakap ttp mesra
- berani
- pemurah
- agak degil dan keras hati
- mudah mengambil berat
- tidak begitu menghargai pujian
- kuat semangat
- romantik
- tidak begitu pasti dengan sesuatu hubungan
- rajin dan setia
- perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah2

DISEMBER
- sangat setia dan pemurah
- bersifat patriotik
- sangat aktif dlm permainan dan pergaulan
- sikap kurang sabar dan agak tergesa2
- bercita2 tinggi
- suka menjadi org y berpengaruh dl organisasi
- seronok didampingi
- suka bercampur dengan org
- suka dipuji, diberi perhatian da suka dibelai
- jujur, amanah dan bertolak ansur
- tidak pandai berpura2
- tidak ego walaupun punya harga diri y sgt tggi
- benci pd kongkongan
- suka berjenaka
- pandai buat jenaka dan berfikiran logik

Itula serba sedikit sharings bout what i’ve come across along this late January. Take the ibrah (pengajaran) n leave the bad thingy. Em, weekend ni ade tamrin, y tempatnye sy pun xtau lg. Jd nak packing barang pun, main belasah ape2 je masuk dlm beg. Hehehe. C yaaa. Salam~

2 comments:

  1. nak ikut p tamrin!!!!!!!!!
    ko kene gigit pacat nati bgtau aku yek..
    aku nak gelak kn ko..
    hahahaha...

    ReplyDelete
  2. ne de pacat..
    lintah je
    hehe
    eh, lintah ngn pacat laen ke??
    ^_@

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers