MENGESAN PENYAKIT HATI DAN MENGENAL PASTI KESIHATANNYA by Ibn Qayyim Al Jauziyyah (691-751 H) diterjemah oleh Abu Mazaayaa Al- Hafiz. (sy ske bab neh dlm buku Pelindung Hati Dari Buruan Syaitan tu, so nak share^_^)
Segala puji dan syukur kepada Allah swt, atas limpah rhmatnya, dpt hmbaNya ni hit the keyboard again n melangsungkan ilmuMu ya Allah. Semoga Kau selamatkan ku drpd riak dan syirik keduanya..)
Em perasan x? kadang2 kita ade hati yg sakit dgn begitu parah, namun tuan punya hati tersebut tidak sama sekali mengetahuinya. (camane mksud hati tu sakit?? Its not liver problem dearie frenz, its about the ruh inside..). Ini kerana dia tidak mengambil berat ke atas hatinya dan tidak mengetahui punca2 penyakit yg menjangkiti hatinya. Bahkan tidak jarang kita dapati seseorang yg telah mati hatinya, namun dia sendiri tidak menyedari di atas kematian hatinya. Orang seperti ini tak dapat merasakan kesan luka yg disebabkan oleh perbuatan2 tercela dan tidak sedar ke atas satu penderitaan yg disebabkan oleh kejahilannya terhadap kebenaran dan akidah serta keyakinan2 yg batil. Lg sadis kalo gni (nauzubillahiminzalik). Analoginye seperti pesakit Diabetes Mellitus y da dpt microvascular complication like peripheral neuropathy, kite tgk die byk sgt luka2 kat hujung2 tgn atau kaki, sbb kurangnya kepekaan receptor afferens terhadap input seperti sakit n panas y die rase, lalu cedera lah tempat tu tanpa die sendiri sedar). Ini kerana, hati yg hidup sentiasa peka dan cepat merasa sensitif terhadap perkara2 tercela dan bahkan ia merasa sakit kerananya. Itulah tanda org y beriman, sebab bilamana dia berada dlm keadaan iman y menurun atau futur, dia akan sedar ttg itu, dan merasa sedih tatkala sedang melakukan dosa. (cane kite kalo sedang brbuat dosa? Tau itu xbleh_better la drpd xsedar lgsg_tp y tau tu masalah jugak_nafsu menuntun hatinya_xpe, sket je, pasni aku taubat la balek_xpun ade y sekadar istigfar bt penyedap hati je..huhu..ya allah, mintak dijauhkan).
Satu lagi masalah utama ialah kadang2 dia sedar dan terasa kesakitannya (hati). Tetapi dia just bersabar shj, tidak mahu mengubati hatinya kerana tidak tahan pedihnya luka bila terkena ubat atau penawar. Sememangnya ubat dan penyakit hati tersebut ade satu je yg paling mujarab, iaitu memerangi hawa nafsunya. Tetapi hal itu adalah sesuatu yg paling berat dan sukar utk dilaksanakan oleh jiwa dan hati itu sendiri. Xde ubat atau cara lain yg lebih baik dan berkesan selain mengistiharkan perang ke atas hawa nafsu tersebut.
X jarang jg didapati seseorang itu hanya mengambil keputusan utk bertahan dan bertekad akan sentiasa bersabar (terhadap kesakitan hatinya). Kemudian semakin lama semakin luntur dan hilanglah azam atau keiginannya utk mengubati sakit dalam hatinya. (seperti dlm surah al-hadid, ayat I6). Ini terjadi maybe kerana tidak cukup ilmu dan pengetahuannya serta tipis kesabarannya, contohnye bagai seorang yg akan melewati satu jalan yg seram dan menakutkan. Dia sedar dan yakin bahawa jika dia bersabar dan memberanikan diri maka akan lenyaplah perasaan takut dan dia akan selamat melewati jalan tersebut. Bagaimanapun, org tersebut perlu ada keberanian yg tinggi dan semangat yg cukup kuat, barulah dia selamat melalui jalan itu. Sebaliknya, sebaik shj dia merasa lemah semangat dan perasaan takut kembali menyelubungi fikirannya, sudah tentu dia akan berpatah balik dan beerti gagal melewati jalan tersebut. Apatah lg kalau dia seorang diri, tanpa ada seorang kawan yg menemaninya. Kemudian berkatalah dia pada diri sendiri, “ Ke mana perginya org2, nmpak sunyi sgt dgn seramnye??”. Seterusnya dia akan takut dgn bayang2nya sendiri.
Tu lah mengapa islam menganjurkan utk kita cuba berada dlm persekitaran y mmbuatkan kita igt akan al-Haq.supaye kite kuat, x jerky antara iman dan kufur. Bersahabat dgn org2 soleh (bleh jugak ngn org laen, utk tujuan dakwah_’menangkap’ mad’uu baru_hehe) atau dengarla alunan zikr, instead of lagu cinta jiwang2_aduhai_bijak sungguh propaganda barat melalaikan kita. (Teringat plak balek dpd HKL semalam, pas dpt result xm, dlm bus y sesak tuh, ade la sorg budak ni duduk sebelah, dgn mp3 terpasang di telinga. Sy ms tu da ngntuk n terbayang2 pe y sy nak bt kat uma sepanjang cuti semester ni, n mmg da x pandang kiri knn da. Bus tu pun satu, pasang radio kuat2 sgt, x aman rs nye. Tbe2 sy dgr dak sebelah sy tu ‘nyanyi’. Eh, die ni, nak menambah sakit telinge sy ni ke? But then sy dengar semula. Owh, die bukan nyanyi la, die tgh cube hafaz satu surah tp sy x sure surah pe,pkai mp3 die tu la. Bagus plak dak neh. Malu plak kat die, sy dlm bus g tdo, pk ntah pape..huhu)
Tu la. Realiti dan lumrah yg berlaku atas sebahagian besar manusia. Tp tula sebenarnye satu hal yg sgt bahaya dan byk membinasakan kite. Oleh itu sebijak2 org adalah seorang yg x merasa kesepian atau kesunyian oleh sebab sedikit atau tidak adanya kawan. Orang cam tu la yg akan berjaya, kerana hatinya sentiasa berteman dan berkawan bersama2 org yg mendapat nikmat Allah SWT drpd kalangan para Nabi, syuhada’, solehin dan org2 yg benar. Mereka itulah hakikatnya sebenar2 kawan yg sejati. Em, kegigihan seorang hamba dgn penuh keyakinan dlm upaya meraih apa yg dicita2kan adalah satu tanda baik ke atas peratusan kejayaan cita2 tersebut.
Hati yg sihat sgt mudah terpengaruh dgn hal2 yg bermanfaat dan sekaligus yg boleh mmperkuatkan daya tahannya dari sebarang unsur2 yg boleh menjejaskan kesihatannya. Sebaik2 makanan bg hati adalah iman dan sebaik2 ubat yg paling mujarab adalah Al- Quran.
Tanda2 hati yg sihat :
1) selalu berhijrah drpd dunia ke akhirat
2) mendorong utk kembali kpd Ar-Rahman
3) tidak pernah berhenti drpd berzikir
4) merasa sakit jika lalai
5) merasa nikmat ketika beribadah
6) lupa dunia ketika ia solat
7) mmpunyai matlamat yg tunggal
8) menghargai masa utk beribadah
9) bercita2 tinggi mmbetulkan kesalahan
“ Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) yang redha dan diredhai (Tuhanmu). “
(89: 27-28)
~maaf atas slah clap..teguran amatla dialu2kan..sy pun maseh mmbetulkan diri sendiri (y xberape nak betul, sbb byk sgt study..hehehe) okay, c ya. doakan sy dpt memanfaatkan ms sepanjang cuti ni..sme2 la kite..insyaAllah.salam^_^

No comments:
Post a Comment