Monday, September 28, 2009

sedih~

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


iluvislam.com
(jgn bersedih...memujuk diri sendiri...huhu..)

Sunday, September 27, 2009

A training to be a General Practitioners (GP) ^_~

Semalam, lewat2 mlm cket, baru la sy tiba kat Damai. Alhamdulillah, dr Seremban ke KL just take about 1 hr saje. X jammed plak..punya la cousin sy merancang nak balek lewat sbb takut jammed, and at last, ciap bole drive laju jek kat 1st lane. Hahaha. Azillah msg dlm pkul 9pm, btau ttg meeting audit kat restoran Irfan (ala, kedai mamak sebelah hostel, da jadi port2 meeting or group discussion kitorang, hehe..beli teh tarik segelas, y dtg nye dekat sedozen org duduk keliling meja=p). Emmph, nak dtg apenye, sampai hostel da dkt 12pm. Barang berbondong2..(thanx kat mkcik guard, coz tolong sy agkat barang masuk dlm lift, hahahaha...aduii). xpela, esok je la sy tanye kat Azillah my part utk audit neh. Hee. Family medicine posting ni nmpak macam x busy, tp byk keje actually. Dapat plak GP dengan Dato’ Thurai...hehehe...balek kul 12tghri jek tp2 ari. Sy pon da kat bilik, sambil2 bt keje, melayan tenet, mata pon mula la mengada2 nak mantuk2. tito2 jap. Patu bgn balek bt keje.

Td kitorang (sy, yin yee ngn zaid) meng’interview’ auntie chinese kat klinik Thurai tuh. Kantoi plak ngn doctors ms GP discussion last 2 weeks y kitorang x tanya ape tugas auntie pki baju kaler biru neh. Sy gelar kan die multi tasking auntie, hahaha... mmg sume keje mcm die jek y buat kat kinik tuh, except sapu2 tu ade org laen ah. At last br discover, mmg die la nurse, die la clinic attendant, surgical assistant, pharmacist, translater, etc. Die keje sane since die 18 yrs old smpai skg. Gler lamee...da 34 thn da. Qualifications? SPM. Starting experience? None. But now, tanye la die pape pasal disease management, ubat2..fuhh..ntah2 lg terer drpd senior nurse and setakat medical student die bole beat senang2 jek....hahahaha. die sgt baek n nice laa. Byk gak die cite pasal Dato Thurai kat kitorang. Hehe. Y penting, dato neh baek..ramai pt ske kat die. Y poor cket, die cas murah jek. Ckp pon soft n lemah lembut (contra sgt ngn sy, haha). Walaupon die India, tp bole ckp Malay ngn Chinese well.. salute2... nampak dr lua kinik die mcm humble sgt..tp amekk...masuk kat dlm sume ade. ECG, ultrasound, surgical unit, mini pathology lab. Neway, wife die pon dulu doct jgk, tp da pencen da skg (nice jugak kan kawen sesama docts, hehe, juz kidding). Nice experience la this posting. =)

Neway, ade some clinical case y agak best utk di pk2 kan apekah aetiology di sebalik nye.
>> A middle aged Indian lady, presented with complain of decreased sleep, frequent urinating, slower abdominal pain for past 2 months. Also associated with menorrhagia and irregular menses. Last 4 month check at KK having incrased blood sugar but 1 month later become normal again. (juz brief je la ek..interesting la...a first we all pk DM kot..actually..haaaa...)

Thursday, September 17, 2009

Refleksi

1) Ada antara kita datang ke kuliyyah atau tempat kerja hanya sekadar memenuhi tanggungjawab, tetapi hasilnya sama saja seperti kita xdatang kuliyyah / tempat kerja.



2) Ada kala kita rasa kita amat sibuk, rupanya kita hanya kelam kabut.



3) Ada kala kita rasa macam prihatin, tetapi rupanya kita jaga tepi kain orang.



4) Ada kala kita rasa kita berfikiran terbuka dan berterus terang, tetapi rupanya kita kurang pengajaran.



5) Ada kala kita rasa kita berfikiran kritis, rupanya kita lebih kepada kritis yang mencipta krisis.



6) Ada kala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra, tetapi rupanya kita dilihat lebih mengada-ngada.



7) Ada kala kita suka bertanya 'kenapa aku macam x ada kerja?', tetapi adalah baik kita bertanya 'apakah kerja yang perlu aku buat lg?





"kata-kata dan tindakan anda adalah refleksi terbaik ttg keperibadian diri sendiri yg menjadi cermin tanpa kata paling jujur"

Wednesday, September 9, 2009

- Pengajaran di akhir Posting -



Semalam ini adalah hari terakhir dalam minggu terakhir sy posting psychiatry. Semalam ini jugak adalah hari end posting exam sy. Haih..examiner turut men’psycho’ students dan kami pon balek dalam keadaan traumatized. What ever the result will be,sy da buat y terbaik..masa tu hanya terbayang muka ayah, mama, wan, n adik beradik kat kmpung. Sedih pon ada..kalau ter’fail’ cane? Em, teringat plak kat Ijat, adik sy y no 5 (well, sy kan eldest sis, out 6, hehe), Ya Allah, Kau permudahkanlah adik ku pula utk menjawab soalan2 peperiksaan UPSR nya hari ni, ameen... for my exam pulak, sy tawakal je.. dalam hati hanya Allah je y tau betapa cuaknya sy td..(lemah nya iman..huhu..)

However, this 8 weeks posting akan sentiasa sy ingat. Its not wholly medical basis. But. Its more towards humanity. Kita belajar y dalam dunia ni, memang ada maaaacam2 orang, pelbagai warna dan rupa, surfacely and internally. Antara ramai2 patient (dipendekkan kepada ‘pt’ saje), sy clerk sorang ni, seorang tabligh n suka sangat berdakwah. On asking him, why he entered this ward, he replied to me that this was actually my strategy to go fer dakwah here. Allah that had sent me here. Why shoud I refuse then? I was silent fer some seconds. Its looked that he was having manic mode..or the diagnosis probabaly bipolar mode disorder. Masa tgh clerk, dia ciap baca some surah2 panjang, dia hafal n tahu maknanya sekali. Tersentuh sy dengar. From the further history taken, memang nmpak la dia byk ilmu agama.. bukan pt ni saje, ramai lg actually, ade several peoples kat ward dulu.

Di kala itu, cuba sekejap utk mmbuang psychiatric point of view in me. Sy selalu ingatkan pada diri sendiri, jgn sesekali underestimate pt kat cni(sebab kadang2 kita terberi stigma jugak pd dorang), sbb sebenarnya darjat mereka disisi Allah lebih tinggi. Subhanallah..kita xtahu bagaimana kasih sayang Allah itu diberikan buat hamba2Nya. Orang2 y kurang waras, telah diangkat kewajipan dr mereka utk buat perkara2 rukun islam contohnya. Dan telah dijanjikan tiada dosa pada mereka. Thus mereka lebih bagus compared dengan kita y tp2 detik pon dosa serasa lebih byk dr pahala.... huhu..

"Tidak semua orang yang nampak pelik adalah tidak betul atau tidak waras, keep that in our mind always"


Sy pernah terbaca, bahawa pada zaman2 sahabat dulu, orang2 y mempunyai tahap keimanan y sangat tinggi, malah ada sesetengah sudah sampai kepada tahap utk menyebut perkataan ‘Laailahaillallah’ y bermaksud “Tiada Tuhan selain Allah’ pun xmampu. Kenapa? Sebab ketidaksanggupan mereka mengucapkan kata2 ‘Tiada tuhan’ itu. Hanya y terlafaz dibibir2 suci mereka hanya Allah...Allah...Allah.. hinggalah mereka ruh mereka dijemput Ilahi..sebagai janji pertemuan hakiki..menebus rindu dendam di dunia fana..

Mereka orang y kelihatan pelik, ganjil, odd, weird, sume2 la, di mata masyarakat. Teringat hadith muslim y ke-145, y mana Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”


Mereka semasa hidupnya adalah orang2 y sangat besedehana. Orang kenal sangat pun tidak. Kelengkapan diri semuanya zuhud2 belaka. Tp disisi Allah, mereka lah y paling dekat. Insafi diri di kala ramadhan y penuh barakah ni.. di manakah kita disisi Tuhan. Disisi? Kira bagus dah tu.. kalau di bawah? Di tempat jauh2? Atau Dia mungkin x mengendah kan kita pun, sebab kita pun kadang2 jek ingat Dia kan kan... ingatan utk diri sendiri juga, sudah tentu..


Kene marah dengan pt, da selalu sangat. Tp nak buat cane, kt memang kena belajar dengan dorg. Bukan nak kata y ada mental illness ni saje, y normal pon same. Ni la naseb medical students. Tp kira bersyukur la, coz kalau student2 overseas lg teruk kot, dorang cite, each pt y nak diinterview or clerk, they need to ask their permission first..they themself. Besela mat2 salleh, mane nak pandang sangat asian doct, kadang xnak bg cooperation pon. Tp most of them y open minded jugak actually. Macam kat cni, convenient..kadang2 ciap lecturer y ask permission n to the some extent, ciap pujuk pt bagi kerjasama lg.. because some time ada case2 y jarang jumpa kat, better bg medical students belajar.

Tp seperti pesanan Nabawi;

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Thus, my friend, jum kite same2 tahan telinga kalo ade pt marah2, x cooperative (even muka kami da senyum abes manis da..hhahaha). ni ade some pt y bg adress masing2, nak card raye,..hehe.layan je la, nt pos kat dorang sorang satu. neway, its time to search fer berbuka foods. p mane ek hari ni? xpela, y penting kat tempat y dekat ngn masjid, sng taraweh sane je.. xpon kalo sempat balek Damai ah.. jemaah same2 kat tingkat 4. c ya in d coming article..hehe


salamm=)

Tuesday, September 8, 2009

Tanda-tanda taubat diterimaNya

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.


2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.


3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.


4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.


5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.


6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.



Ramadhan penghapus dosa yang lalu. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana dorongan imannya dan mengharap balasan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."( H.R. Ahmad dan Ashaab Al-Sunan )

~location: pantai cenang, langkawi_6.30pm

Thursday, September 3, 2009

renungan





"Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers