2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
Ramadhan penghapus dosa yang lalu. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana dorongan imannya dan mengharap balasan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."( H.R. Ahmad dan Ashaab Al-Sunan )
~location: pantai cenang, langkawi_6.30pm

semoga ALLAH terima taubat aku..
ReplyDeletetak tertanggung bila asyik teringat perbuatan yang penuh dosa nih..
insyaAllah..ameen,,
ReplyDeletesame la kite..