Sunday, May 31, 2009

ujianMu ya Rabb

"Allah..sesungguhnya drpd Engkau aku dtg, dan kpd Engkau jua lah aku kembali...ampunkan hambaMu y hina dina ini ya Allah...aku x lebih dr sekadar habuk halus di daerah y Engkau punyai...ampunkan dosa ku y menggunung ini ya Rahman ya Rahim..segala puja dan puji buatMu.. ~saat ini,tika ini, hari ini..drpd aku y ditampar oleh satu kenyataan..tersungkur, tunduk bersujud pada Qudrat dan IradatMu..Allahuakhbar"

-perlunya mendengar nasihat org tua..percayalah, mereka lebih berpengalaman. kalau tidak kerana itupun, naluri mereka lebih halus, ckup kuat utk mmbimbing anak2 kepada apa y terbaik. keredhaan ibubapa juga adalah keredhaan Allah.

-sahabat2 rapat. mereka juga. perlu dipertimbangkan nasihat2 y d mereka berikan. jangan sesekali memperlekehkan apa2 jua bentuk teguran kerana boleh jadi hidayah Allah adalah melalui perantaraan sahabat2 kita.

-pengalaman. it is what this life can give u sacredly. y baik jadikan ikhtibar.

-lastly, pilihan kita..istikharah lah padaNya. sesungguhnya Dia adalah sebaik2 pengatur kehidupan..


CINTA PADANYA ADALAH CINTA TERAGUNG..tiada resah dan duka..hanya kerinduan y meragut hati, utk bertemu d alam kekal abadi...

Jzkk.

Friday, May 22, 2009

:: TanpaMu ::

Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur
TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora
Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukumMenanggung kifarah dariMu
Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

~in-team

Wednesday, May 20, 2009

Tempe..

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.... Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe ... Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan Allah. Tuhan...
Moral Cerita: 1. Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita. 2. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita. 3. Tiada yang mustahil bagi Allah 4.Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan

Wednesday, May 6, 2009

Short diary fer dis week=)



Salam..^_~
Quite a long time jgk x drop sumthin here..huhu. busy? Cket la, but not really. =p Patut nye weekend lepas, ms LaBour Day y cuti 3 ari tu, sy in charge jaulah ke Selangor, uma Asma n Miza (hehe, xbleh la kalo teringat dorg, rs mcm nak gelak, very funny la them).Then teringat la pulak bday ayah, 2 May..so da pk berkali2 (cewah, padehal mmg intention nak balek jugak), ckp la ngn k E’in, “ira xdpt la nak bt mgu ni..” –“nape?” –“sbb bday ayh weekend ni, so nak balek la ingat kan..” –“kalo ari jmt pon xbleh?” –“nt kite tergesa2, mcm xbest la kan kan..neway, mmg ira cannot make it, siyes..kene balek jugak, cian kat ayah” –“oo, xpela camtu, then kite bt next2 weekend, tp g Johore la, uma k Faridah n Sa’adah..2 hari..ok x y laen2??” em..sume jawab, “waa, best nye g jauh2, setuju2” –“name pon jaulah, so kene ‘jauh lah’, heheheh”. Sabo je la sesi isu semase usrah mgu lepas, plan nk berjaaalan jek..=p tp xpe, bak kate k E’in, kite usrah da bape lame, mmber2 sendiri pon xkenal sgt lg actually, so jum la kite berusaha mengukuhkan ukhwah ek..=)” yeah2, betol3 (sampuk kami plak_eheh^_6).

Tp alhamdulillah la, akhirnye dpt jugak sambut bday ayah y ke 48 thn mgu lepas..hehehe. sebenarnye bukan la tradisi family sy sambut2 bday ni, kalo budak2 kecik tu, dlm umo darjah 3 dan ke bawah(aka y masih tareti bahase=p) still sambut lg la, bt mkn2, pggil kengkawan die.. Haih, seronok betul dorg ms tu. Tp utk adolescence n adult (haha, aduii) da xsambut. Wish n kiss jek, pagi2, xpon mlm b4 tito.. rs da hepi sgt dah camtu. Kitorg blikan ayah kek coklat (kalo mkn one slice pon da knyg), n ayam goreng. Hehe. Tu jek y mampu. Dlm kesempitan ekonomi ms sem 6 ni, mmg la terpakse jugak mtk wit kat parents da hujung2 sem. Malu nye, xya ckp la..sy da ptt nye xya bebankan dorg lg,huhu.. igt nak bli buku, rm50. ayah bg hundred mlm tu, about rm60 sy abeskan..(terok la ira ni), pastuh nak balek ayah kene bg lg wit. Die tau sy da abeskan wit die bg tu utk smbut bday die.. erm, tp die x bising2 pon, mama la y memberi short lecture kat sy on ‘effective money management’. Waa, sabo je la..haha, mama2..(juz dengar dgn hormat ye kawan2, tp xya la smpi salin kat bku nota..he).

On starting our new short posting, mgu lepas radiology (serdang hosp), then this week sports medicine (kat ISN) n next week rheumatology (HKL), we’all da separate grup kecik2. kalo dulu 30 lebih, skg da jadi sebelas org satu grup. Erm..mmg terase makin rapat sgt2 ngn kawan, esp with the non muslim..(bgus, bleh dakwah kat dorg=). Dulu ms preclinical, ala2 sombong jek tgk, tp skg da bleh gurau bertepuk tampar lg (with girls only laa^_@). Best actually, juz kene ramah tamah( keh3, ok x ayat BM sy ni, haha, kata majmuk kan tu=p). Marie, Yoke Fun, An Kee, Palaniappan, Ze Ming aka Zeze, Yee Theng sume funny2, otak gile2..mmg bleh ngam la ngn sy n friends (Ros, Ika, Man, Syariz).

Semalam, g Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Mate sy belah kanan mcm blurr. Risau la pulak, because im a chronic contact lenses user..ne lah tau, tah2 infective keratitis.. Dr Muhammad ske takut2 kan kitorg, (tp y terase sy la, sbb sy pki contacts) “u all mane tau, mata nmpk ok je, tp everyday rubbing esp when u want to remove the contacts, can cause microabrasion at ur cornea tau” Waa, ni mmbuatkan sy nekad g PKU, nak amek surat refer ke serdang hosp. Smpai2 jek sane, time tggu doct tuh, tbe2 rs pns jek hidung..(pesal ni..huhu, sambil pegang2 hidung). Pastuh rs mcm ade cecair turun ngn lajunyek n....... ”Ya Allah, abes tudung aku..” tgn n tudung sy kene percikan darah..i got nose bleeding or epistaxis.huhu..terus nurse2 n doct y ms tuh mmg ala2 free coz patient xde, mnjadi tangkas membawa sy ke treatment room. Sy cool je, sbb da bese kene previosly.dorg plak y gabra..haha=p dengan tisu y penuh kat hidung, ice pack kat dahi, tgn kanan sy kat automated spyghmomanometer n mulut ade termometer, doct meng’clerk’ sy dgn berjayenye. Sabo je la. Sy bg history y agak tunggang langgang jugak la,ngeh3.. neway, thanks to em’, really nice staffs la kat PKU..smoge Allah mmbalas budi mereka, ameen. Next day, pg jumpe doct kat Opthal clinic, Dr Mazaya name die, baek sgt2 (syukur, mata sy ok, xde pape prob)..sy da lmbat nak ke ISN actly, but nurse2 y kenal sy sbb penah posting sane, trus dahulu kan my turn. Ros bgun pagi2, nak teman sy.. Ika sggup g lmbat same2 hr tu. Man plak willing jek delay g kelas, tggu kitorg sbb die jek y ade kete. Erm...byk nye kesenangan n kelancaran utk stp perkara, time kaseh ya Allah...even urusan2 td bukan termasuk utk mmbantu agamaMu, tp Kau sentuh hati2 mereka utk memudahkan hmba Mu y xberdaya apa2 ni...Alhamdulillah..syukur..^_^



rawatan awal utk kes hidung berdarah kat uma:



-suruh pesakit duduk (spy dia relax n xpanic)



-ask pesakit tunduk pandang bawah ( jgn dongak o baringkan, nt darah tu akan berkumpul kat belakang hidung n mulut, then akan tertelan)



-kalo ade ice bag, letak kat kawasan antara dahi n upper nasal bridge (antara kening)



-basically need to compress area y bleed tu, either picit hidung pki jari, atau masukkan kapas o tisu y dah dibuat bulat kecik2 spy muat sdlm nostril



-compress lama2 smpai bleeding stop (tuka kpas o tisu y da penuh drh)



-drh should berhenti dlm ms about five to ten mins later



-kalo x stop jugak, g clinic o hosp y berdekatn, dorg akan bt nasal packing (depends anterior or posterior part y bleed)



^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers