Friday, April 16, 2010

:: panduan bergaul dan memilih teman ::

Syeikh Ibnu Ata'illah berkata:

" Bersahabatlah dengan org y bodoh tetapi tidak menurutkan hawa nafsunya, adalah lebih baik daripada bersahabat dengan seorang y alim y memperturutkan hawa nafsunya. Ilmu apakah y akan digelarkan bg seorang alim y selalu memperturutkan hawa nafsunya? Sebaliknya kebodohan apakah y patut disebutkan bg seseorang y sudah dapat mengekang hawa nafsunya?"

Maksudnya, apakah erti ilmu y menggunung y dimiliki oleh seseorang ttp tidak dapat mengelakkannya dari melakukan maksiat dan kurang melakukan perintah Allah SWT?

Sebaliknya bagaimanakah akan dipanggil bodoh seseorang y telah melakukan perintah Allah SWT dgn baik dan telah dapat mengekang hawa nafsunya daripada melakukan maksiat kepada-Nya??



Seterusnya, Allah SWT berfirman dlm surah an-Najm (53:29) y bermaksud:

"Oleh sebab itu, maka tinggalkan lah orang y berpaling daripada mengingati Kami, dan dia tidak menginginkan melainkan kehidupan dunia semata2"


Pandangan ulama yakni Jakfar ash-Shadiq, hendaklah mengelak berkawan dgn 5 kumpulan manusia spt di bawah ini:

1) Pembohong : kerana engkau akan terdedah dgn penipuan dan tipu dayanya.
2) Bodoh : kerana engkau tidak memperoleh sesuatu daripadanya, sebaliknya memeberi mudarat kepadamu.
3) Kedekut : kerana dia akan menghampakan harapanmu ketika engkau memerlukan sesuatu daripadanya.
4) Penakut : yakni jubun. kerana dia akan lari meninggalkan engkau pada saat kecemasan.
5) Fasiq : kerana dia boleh jadi menjualmu dengan sesuap makanan atau lebih sdikit daripada itu.

Orang fasiq bukan hanya terdiri daripada org y bodoh malah di kalangan orang alim y tidak mengamalkan ilmunya, sebaliknya menurutkan hawa nafsunya~

wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers